Tutup [X]
1. Bagaimana ingin mendapatkan MyID bagi mengisi permohonan pendaftaran pekerjaan (SPA8i)?
 

MyID adalah nombor kad pengenalan anda. Anda perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu menggunakan MyID sebelum mengisi SPA8i.

2. Saya telah mendaftar untuk mendapatkan MyID dan kata laluan tetapi sehingga kini masih belum menerima e-mel daripada pihak SPA untuk mengaktifkan akaun dan kata laluan?
 

Sejak tahun 2014, pendaftaran SPA8i telah ditambahbaik tanpa memerlukan pengaktifan melalui e-mel. E-mel hanya digunakan untuk pengumuman SPA atau sekiranya anda melepasi tapisan serta dipanggil untuk menduduki peperiksaan atau temuduga.

3. Bilakah saya akan mendapat e-mel pengaktifan?
  Rujuk jawapan no. 2.
4. Bagaimana untuk menukar alamat e-mel yang tersilap semasa mendaftar akaun baharu?
  Anda boleh mengemaskini sendiri alamat e-mel anda selepas log masuk ke SPA8i di modul Maklumat Pemohon.
5. Kenapa bila saya daftar baharu keluar mesej 'Harap maaf! MyID telah wujud'?
 

Pendaftaran MyID hanya dibenarkan sekali sahaja. Jika anda mendapat mesej tersebut, klik pada pautan LUPA KATA LALUAN dan ikuti arahan di skrin dan Panduan Pengguna ms 4-6.

6. Bolehkah pendaftaran akaun saya dibatalkan?
  Pendaftaran yang telah dibuat tidak boleh dibatalkan dan hanya boleh dikemaskini.
7. Bagaimana hendak mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?
 

Sekiranya terlupa kata laluan, sila klik pautan LUPA KATA LALUAN dan anda boleh memilih reset kata laluan menggunakan dua pilihan iaitu:-

i. Nama Ibu dan Negeri Kelahiran Calon (Sewaktu Pendaftaran)
ii. Alamat Pada Kad Pengenalan

Secara automatik pilihan (i) akan dipilih. Jika anda ingin mengubah pada pilihan (ii), sila tukar pilihan anda di medan Jenis Soalan Keselamatan.

Bagi pilihan (i), anda diminta memasukkan Kad Pengenalan dan Nama Penuh (seperti di dalam Kad Pengenalan).Masukkan nama pertama ibu dan negeri kelahiran anda. Kemudian masukkan kata laluan baharu (minima 8 aksara), sahkan kata laluan, masukkan Kod Keselamatan (case sensitive) dan klik HANTAR. Anda perlu mengingati nama pertama ibu (first name tanpa last name) dan negeri kelahiran sama seperti yang didaftarkan semasa pendaftaran MyID.

Bagi pilihan (ii), anda diminta masukkan alamat anda sama seperti di dalam Kad Pengenalan.

Pastikan semua medan bertanda * diisi. Selepas semua medan diisi, klik butang HANTAR. Anda boleh log masuk terus ke SPA8i sekiranya reset kata laluan berjaya.

Sekiranya masih gagal untuk reset kata laluan, mohon baca dan fahami Panduan Pengguna ms 4-6.

Sekiranya masih juga bermasalah, sila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada ePertanyaan SPA :

i.   Nombor Kad Pengenalan
ii.  Nama Penuh
iii. Nama Pertama Ibu (Ketika Pendaftaran MyID)
iv.  Negeri Kelahiran Calon (Ketika Pendaftaran MyID)
v. Alamat Seperti Di Dalam Kad Pengenalan

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

8. Saya telah membuat pendaftaran MyID dan telah tersalah memasukkan no. kad pengenalan. Apakah yang harus saya lakukan?
 

Sekiranya anda tersilap memasukkan no. kad pengenalan semasa pendaftaran MyID, sila salurkan pertanyaan atau aduan anda mengenai no. kad pengenalan yang salah dan betul beserta maklumat pendaftaran anda kepada ePertanyaan SPA untuk semakan.

9. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya telah mengisi borang daftar akaun baharu tetapi malangnya saya telah terpadam e-mel SPA dan secara tidak langsung saya tidak dapat mengaktifkan akaun SPA. Jadi bagaimana untuk saya mengaktifkan semula akaun tersebut? Minta pandangan dari pihak tuan?
  Rujuk jawapan no. 2
10. Saya menghadapi masalah apabila klik pautan untuk mengaktifkan akaun yang baharu saya daftar. Apabila klik pautan tersebut, masalah pop-up blocker berlaku. Bagaimana hendak mengatasi masalah pop-up blocker itu?
 

i.Internet Explorer, sila klik Tools > Pop-up Blocker > Turn Off Pop-up Blocker.

ii.Mozilla, sila klik Tools > Options Pilih (un-tick) Block pop-up windows > klik OK

iii.Google toolbar atau yahoo toolbar, sila klik always allow pop-ups from...
11. Kalau saya mendaftar di Jobs Malaysia adakah permohonan saya diterima?
  Permohonan di Jobs Malaysia tidak diproses selepas Julai 2013 dan anda perlu mendaftar akaun MyID di SPA.

12. Jika saya membuat permohonan baharu, adakah permohonan saya yang terdahulu akan terbatal?
 

Jika anda membuat permohonan baharu, permohonan yang terdahulu akan terbatal. Namun begitu, jika ada sebarang urusan yang melibatkan jawatan-jawatan yang anda pohon pada permohonan terdahulu yang sedang diproses, urusan tersebut akan tetap dijalankan.

13. Adakah permohonan saya yang terdahulu masih sah?
 

Permohonan anda masih sah jika masih dalam tempoh sah laku pendaftaran terdahulu setahun. Sekiranya tempoh sah laku telah tamat, anda perlu mengemaskini semula dan menghantar pengakuan pemohon sekali lagi.

14. Kenapa matrikulasi tidak diiktiraf sebagai Diploma?
 

Selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017, calon dengan kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia boleh memohon jawatan dalam 39 skim perkhidmatan di Gred 29 seperti yang dinyatakan dalam surat pekeliling perkhidmatan tersebut. Walau bagaimanapun, calon masih lagi tertakluk kepada asas tapisan yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya sebelum layak ke peringkat ujian atau temu duga.

15. Kenapa mesej minta saya masukkan maklumat Diploma sedangkan saya ada Ijazah sahaja?
 

Anda boleh menghapuskan maklumat akademik Diploma dengan klik ikon 'tolak' di sebelah kanan dan klik Simpan. Rujuk Panduan Pengguna untuk keterangan lanjut.

16. Sekiranya saya mendapati telah tersilap memasukkan maklumat beberapa hari selepas saya menghantar permohonan, bolehkah saya mengubah maklumat yang tersilap tadi?
 

Anda boleh mengemaskini maklumat yang sedia ada pada bila-bila masa dan setiap kali perubahan yang dilakukan anda perlu menghantar Pengakuan Pemohon semula untuk memastikan maklumat anda di kemaskini.

   
17. Apa yang dimaksudkan 'TIDAK MELEPASI SYARAT-SYARAT SEMASA YANG DITETAPKAN OLEH SURUHANJAYA'
 

Ianya bermaksud anda tidak melepasi syarat-syarat yang ditetapkan dalam urusan tersebut sama ada bidang pengkhususan/kelayakan/cgpa/gred mata pelajaran. Syarat yang ditetapkan berubah-berubah mengikut keperluan Kementerian/Jabatan yang memerlukan pengisian.

18. Apa yang dimaksudkan 'TIADA URUSAN PENGAMBILAN MULAI TARIKH PENDAFTARAN PERMOHONAN JAWATAN'?
 

Ianya bermaksud tiada urusan pengambilan jawatan berkenaan mengikut tarikh pendaftaran anda. Sekiranya urusan pengambilan jawatan berkenaan dipaparkan di semakan online bermakna urusan tersebut telah dibuat sebelum anda membuat pendaftaran di SPA.

19. Bagaimana saya hendak melanjutkan tempoh permohonan?
 

Anda tidak perlu melanjutkan tempoh pendaftaran jika tempoh sah laku belum luput kecuali jika anda mengemaskini sebarang maklumat, anda perlu klik simpan dan hantar perakuan semula supaya perubahan tersebut akan diproses.

20. Saya tidak menjumpai IPT / bidang pengkhususan / sijil profesional / sijil ikhtisas / SKM / SVM saya dalam senarai yang diberikan oleh sistem. Bagaimana saya hendak tambah maklumat tersebut?
 

Bagi penambahan IPT / bidang pengkhususan, sila semak terlebih dahulu adakah keputusan anda diiktiraf untuk lantikan dalam perkhidmatan awam di eSISRAF. Sekiranya diiktiraf, sila salurkan pertanyaan atau aduan anda beserta nombor kad pengenalan, nama penuh dan keterangan masalah kepada ePertanyaan SPA untuk bantuan selanjutnya.

21. Saya mendapat masalah selain yang dinyatakan di atas. Bagaimana SPA boleh bantu saya?
 

Untuk pertanyaan mengenai masalah teknikal Sistem SPA8i dan Sistem mySPA8i, sila salurkan pertanyaan atau aduan anda beserta nombor kad pengenalan, nama penuh, keterangan masalah kepada ePertanyaan SPA untuk bantuan selanjutnya.

Untuk pertanyaan lain SPA, anda boleh menghubungi hotline SPA atau menyalurkan pertanyaan atau aduan melalui ePertanyaan SPA.

Tutup [X]